BAHASA MELAYU:

Nama guru mengajar:

 

          Cikgu Haji  Sabullah bin Haji Hakip   (Ketua Jabatan)

          CikguPg Hjh Jauyah binti Pg Hj Damit

          Cikgu Saidin bin Hj Md Noor

          Cikgu Hj Mohd Taib bin Bahar

          Cikgu Markandi bin Hj Kuris

            Cikgu Saidin bin Mohd Noor

          Cikgu Hjh Norhana binti Hj Abdullah

         

Dua Kerta akan diuji, seperti berikut :

 

Kertas 1Bahasa (karangan, Meringkaskan Karangan, Kefahaman / Karangan pendek / ulasan dan Terjemahan.

 

Kertas 2 Kesusasteraan (Teks Sastera Melayu dan Sejarah Sastera).

 

Semua jawapan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

 

Kertas 1 (3 jam)

 

Kertas ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, A dan B.

 

Bahagian A : Karangan.

 

Calon dikehendaki menulis sebuah karangan daripada enam tahuj yang diberi. Boleh menggunakan sama ada tulisan jawi atau rumi, tulisan hendaklah jelas dan tanda baca mestilah betul. Panjang karangan tidak lebih daripada 500 patah perkataan.

 

Bahagian B :

 

Bahagian ini terbahagi kepada 3 fasal :

 

Fasal 1 :

 

Satu petikan karangan yang panjangnya lebih kurang 450 patah perkataan. Calon dikehendaki meringkaskan menjadi lebih kurang 150 patah perkataan atau kira-kira satu pertiga daripada petikan karangan itu.

 

 

Fasal 2 :

 

Soalan-soalan pendek akan dikemukakan berdasarkan petikan karangan yang terdapat dalam Fasal 1. Calon biasanya dikehendaki menjawab satu soalan, panjang jawapan lebih kurang 200 patah perkataan atau dua soalan, panjang jawapan lebih kurang 100 patah perkataan bagi setiap satu daripada dua atau empat soalan yang dikemukakan.

 

 

 

 

Fasal 3 :

 

Satu petikan karangan dalam Bahasa Inggeris Moden panjangnya lebih kurang 150 patah perkataan, petikan ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

 

 

Kertas 2 Kesusasteraan (3 jam)

 

Kertas ini mengandungi empat bahagian iaitu , A, B, C, dan D. 12 soalan akan dikemukakan, 3 soalan bagi setiap bahagian. Calon dikehendaki menjawab lima soalan kesemuanya, termasuk sekurang-kurangnya satu soalan daripada setiap bahagian. Soalan konteks dipetik daripada teks wajib.

 

 

Bahagian A : Teks Klasik

 

1.                 Hikayat Hang Tuah (DBP Edisi Siswa 1966)

2.               Warisan Puisi Melayu – Prof. Mohd Taib Osman.

 

 

Bahagian B : Sejarah Sastera Klasik (sebelum TM 1800)

 

Bahagian C :  Teks Moden

 

1.    Atheis oleh Achdiat Karta Mirhardja (terbitan Abbas Bandung, Melaka)

2.    Saga oleh Abdul Taib Mohd Hassan (Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd)

 

 

Bahagian D : Sejarah Sastera Melayu Moden (sesudah TM 1800)

 

 

Bacaan  Umum  Untuk Bahagian B dan D :

 

1.    Sastera Perintis (Prof. Hooykaas)

2.    Sejarah Sastera Klasik (R. O. Winstedt)

3.    Sastera Baru Indonesia (Percetakan Universiti Malaya)

      4.    Puisi Lama dan Pusisi Baru (Prof. Sutan Takdir Alisjahbana)

5.    Kesusateraan Lama Indonesia (Zuber Usman)

6.    Kesusateraan Baru Indonesia (Zuber Usman)

7.    Majalah DBP Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Sastera

8.    Majalah Bahana dan Beriga DBP Brunei

9.    Teks-teks lain yang berkenaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Syarat-syarat menduduki Pengajian Bahasa Melayu :

 

 

1.           Mengikut syara-syarat kemasukan ke tingkatan enam.

 

2.        Mesti mendapat kepujian sekurang-kurangnya pangkat enam dalam kedua-dua matapelajaran Bahasa Melayu dan Sastera Melayu dalam peperiksaan peringkat ‘0’.

 

3.        Calon yang tidak mengambil Sastera Melayu dalam peperiksaan peringkat ‘0’ akan hanya diterima jika mereka mendapat pangkat satu atau dua dalam matapelajaran Bahasa Melayu – peperiksaan peringkat ‘0’.

 

 

 

BACK