SEJARAH PENUBUHAN MAKTAB DPM AL-MUHTADEE BILLAH, GADONG

Pada bulan November 1974, halaman yang baru dalam sejarah pendidikan di Negara Brunei Darussalam telah dibuka dengan lahirnya persekolahan tingkatan menengah iaitu Pusat Tingkatan Enam dengan semulakan pengambilan pertama pelajar-pelajar seramai 245 orang pada bulan 1975. Pada ketika itu Pusat Tingkatan Enam ditempatkan sementara di Maktab Melayu Paduka Seri Begawan Sultan, Jalan Muara, Brunei Darussalam.

Pengetua bagi Pusat Tingkatan Enam Pertama iaitu Ustaz Abdul Saman Kahar, tetapi beliau telah kembali semula ke Pejabat Hal Ehwal Ugama untuk memegang jawatan baru sebagai Ketua Pegawai Pelajaran Agama setelah diperbantukan kepada Kementerian Pendidikan (masa itu masih Pejabat Pelajaran Brunei) selama lebih kurang 6 bulan.

Dalam bulan Jun 1975, tempat beliau telah diganti oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Lampoh sebagai pengetua PTE dan Datin Hajah Norsiah binti Hj Mohd Daud sebagai Timbalan Pengetua.

Tahun 1976 Pusat Tingkatan Enam telah mencipta sejarah baru bilamana penuntut-penuntut kumpulan pertama dari aliran melayu seramai 26 orang telah melanjutkan pelajeran ke luar negeri dengan biasiswa kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Tahun 1979 Pusat Tingkatan Enam telah berpindah dan mempunyai bangunan sendiri yang terletak di Gadong dengan keluasan 88 ekar yang menelan belanja lebih 26 juta ringgit.

Tahun 1986 adalah merupakan tahun yang paling bersejarah bagi Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong dimana penukaran nama Pusat Tingkatan Enam ke Maktab Duli Pengiran Muda Al‑Muhtadee Billah telah berlangsung pada 17hb April 1986. Penukaran nama Maktab ini telah dirasmikan oleh YTM Paduka Seri Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Pengetua bagi Maktab DPM. Al-Muhtadee Billah, Gadong semasa penukaran Pusat Tingkatan Enam ialah Cikgu Omar bin Haji Khalid dan Timbalan Pengetuanya ialah Cikgu Awang Jeluddin bin Haji Awang Damit dan Cikgu Awang Muhammad Hadi bin Abdullah.

Dalam hasrat untuk mempercepatkan dasar Dwibahasa, satu kursus baru Skim Matrikulasi bagi pelajar pelajar aliran Melayu telah dimulakan oleh Universiti Brunei Darussalam dalam bulan April 1986 dengan pengambilan pertamanya seramai 74 orang. Kursus ini adalah sebagai menggantikan kursus aliran Melayu yang telah berjalan sejak tertubuhnya Pusat Tingkatan Enam di negara ini.

Sejak penubuhannya pada tahun 1975 hingga 1999 iaitu dalam tempoh 24 tahun, keramaian pelajar-pelajar yang menuntut di Maktab ini seramai 11 478 orang. Pada tahun ini iaitu 1999, keramaian pelajar ialah 1,110 orang manakala keramaian tenaga pengajar ialah 107 orang. Dalam tempoh 24 tahun juga Maktab DPM. Al-Muhtadee Billah, Gadong telah berjaya menghasilkan pelajar-pelajar untuk melayakkan mereka masuk ke Institusi-Institusi Pengajian Tinggi di dalam atau di luar negeri.

BACK

 


 

HISTORY OF THE ESTABLISHMENT OF DULI PENGIRAN MUDA AL-MUHTADEE BILLAH, GADONG

In November 1974, a new chapter in the Ministry of Education in Brunei Darussalam was chartered with the inception of a Sixth Form Institution known as Pusat Tingkatan Enam (PTE or literally translated as The Sixth Form Centre).

The first intake of 245 students commenced their sixth form education in January 1975 at the temporary site shared with Maktab Melayu Paduka Seri Begawan Sultan, Jalan Muara, (MMPSBS) at Jalan Muara.

The first principal for the centre was Ustaz Abdul Saman Kahar, after a short stint of 6 months he was posted back to Religious Affairs Department (where he was seconded from), to hold a new post of Head Religious Officer.

In June 1975, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Lampoh become the second Principal dan Datin Hajah Norsiah binti Haji Mohd Daud was the Deputy Principal.

In 1976, the Centre saw the historic send off of 26 Malay Medium students of the first, intake to further their studies overseas under the Government His Majesty's scholarship.

In 1979, the centre moved to its new 26 million dollars and building site of 88 acres at a prime area in Gadong.

Another very important milestone in the Centre's history was chartered on 17th April 1986 when the centre was officially renamed by YTM Paduka Seri Pengiran Muda AlMuhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sudan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Wadaullah to Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

The Principal during this renaming ceremony was Cikgu Omar bin Haji Khalid and the Deputy Principals were Cikgu Awang Jeluddin bin Haji Awang Damti and Cikgu Awang Muhammad Hadi bin Abdullah.

In April 1986 with a first intake of 74 students, the Matriculation Scheme for Malay Medium students were introduced by University Brunei Darussalam. The implementation of this scheme was in line with the national policy on Bilingualism (Dwi Bahasa).

Since its inception in 1975 to 1999, the total number of students who have passed through the corridors of this college was 11 478 students.

For the year 1999, the college student population was 1110 with a teaching staff strength of 107. In a span of 25 years, the college has successfully and proudly produced and prepared scholars for higher institutions locally and abroad.

BACK