Cheap Web Hosting | Free Web Hosting | Dedicated Servers | Windows Hosting | Free Web Space | Trade Show Displays | GoDaddy Coupon Codes | FrontPage Hosting | Business Hosting
cheap web hosting
Search the Web

                                    SUKAN DAN PERMAINAN

 

Bersukan bukan sahaja dapat menimbulkan rasa keseronokan, malah dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan diri seseorang. Setiap individu perlu meluangkan masa senangnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti riadah, bermain dan bersukan. Mengamalkan cara hidup sihat akan menjadikan seseorang itu hidup lebih ceria, cergas dari segi mental dan fizikal serta dapat menjalani kualiti-kualiti hidup yang diinginkan.

 

Di Maktab Duli Pengiran Mdua Al-Muhtadee Billah, kegiatan kegiatan ko-kurikulum – Khususnya dibidang sukan dan permainan amat digalakkan. Pelajar-pelajar dikehendaki memilih dan menjalani kegiatan-kegiatan sukan dan permainan yang mereka minati. Diantara aktiviti-aktiviti sukan dan permainan yang giat dijalankan ialah seperti; Bola Sepak, Badminton, Olahraga, Bola Keranjang, Bola Jaring, Bola Tampar, Ping Pong, Tenis dan Sepak Takraw.

 

Kegiatan-kegiatan ini akan berjalan disepanjang tahun mengikut perancangan dan program yang telah disediakan. Sesuai dengan tahap dan peringkat pelajar-pelajar tersebut, mereka lebih banyak didedahkan kepada struktur organisasi dan pentadbiran dalam sukan. Pelajar-pelajar diberikan peranan dan tanggungjawab membentuk jawatankuasa dan seterusnya mengelolakan sesuatu kejohanan/pertandingan diperingkat Maktab ini.

 

Malalui pertandingan-pertandingan tersebut, mana-mana pelajar yang mempunyai potensi dan kebolehan dibidang-bidang tertentu akan dipilih mewakili Maktab ini bagi menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan ko-kurikulum atau mana-mana kementerian dan Badan-Badan Sukan yang ada di negara ini.

 

Adalah diharapkan dengan pendedahan dan tunjukajar dari guru-guru yang berpengalaman, akan dapat membantu pelajar-pelajar menjadi seorang pemimpin yang berwibawa, berkeyakinan dan berkebolehan untuk tampil menjadi pemimpin dalam masyarakat di masa akan datang.

 

 

Hj Mohammad Bin Hj Ahad

Penyelaras ECA.